Wednesday, March 23, 2011

Gaji Kakitangan Awam Naik Julai????




Salam..

"Kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi" petikan - Y.B Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan kerajaan sedia membuat semakan tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Kalaulah apa yang digembar gemburkan ini satu hakikat, seharusnya kita perlu membuat tabungan dengan lebihan wang yang ada untuk masa depan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah para peniaga. Masa ni lah nak menaikkan harga barangan bagi meraih keuntungan berlipatganda. Gaji belum naik lagi tapi hari ni umum nak kaji, esok harga barang dah melambung... sapa nak jawab??



No comments: