Monday, April 4, 2011

Sekadar ReNUngaN




Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Wednesday, March 23, 2011

Gaji Kakitangan Awam Naik Julai????




Salam..

"Kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji kakitangan awam dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi" petikan - Y.B Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan kerajaan sedia membuat semakan tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Kalaulah apa yang digembar gemburkan ini satu hakikat, seharusnya kita perlu membuat tabungan dengan lebihan wang yang ada untuk masa depan anak-anak terutama dalam bidang pendidikan.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah para peniaga. Masa ni lah nak menaikkan harga barangan bagi meraih keuntungan berlipatganda. Gaji belum naik lagi tapi hari ni umum nak kaji, esok harga barang dah melambung... sapa nak jawab??



Sunday, March 20, 2011

Cerita Si "Header"

Salam kepada sahabat yang mengenali dan sahabat yang bakal dikenali. 
Dari tahun ke tahun nak berblog mcm kawan2. Banyak crita nak kongsi tapi xtau mcmna nak start nak menulis supaya semua orang yang terbaca dan membaca blog seri ni boleh trima. Seri ni silent reader dari dulu. Bukan nak jaga tepi kain tapi saja cari ilmu dan menilai pelbagai watak di alam blog. Terpulang macamana nak kita uruskan luahan hati cuma di sini seri lebih suka berkongsi isu2 yang positif. Makan ke, resepi ke, kerastangan ke apa2 aje yang HAPPY yang dapat kita KONGSI.